MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA ( ‘IMPLEMENTATION COMMITTEE MEETING’ atau ICM)Bil.2/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA ( ‘IMPLEMENTATION COMMITTEE MEETING’ atau ICM)Bil.2/2023

04 DISEMBER 2023 ( ISNIN )
Mesyuarat di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu, turut menyertai mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Daerah dan Tanah Bandar Baharu bermula pada jam 10.00 Pagi.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengerusi dan diteruskan dengan Agenda mesyuarat jawatankuasa pelaksana (ICM).
Untuk makluman, Pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sedang melaksanakan program empowerNCER@Kedah iaitu empowerNCER : Kemahiran dan keusahawanan dan program empowerNCER: Akademik yang merangkumi ke semua dua Belas ( 12 ) daerah di negeri Kedah.
Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Wakil dari Pihak Berkuasa Pelaksanaaan Koridor Utara (NCIA) serta Penghulu-penghulu Mukim, Pejabat Daerah Bandar Baharu.