MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WARGA EMAS DAERAH KULIM (JPWED) BILANGAN 1 TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 23 JULAI 2026 – Pegawai Daerah Kulim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Kulim (JPWED) Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan bagi membincangkan, merancang dan menyelaras pelaksanaan inisiatif berkaitan kebajikan serta pemerkasaan golongan warga emas di Daerah Kulim.Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan warga emas berumur 60 tahun ke atas, selaras dengan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Melalui jawatankuasa ini, pelbagai strategi dan tindakan dirangka bagi memastikan golongan warga emas terus menikmati kehidupan yang berkualiti, sejahtera, aktif serta mendapat sokongan daripada semua pihak.Selain itu, JPWED turut berperanan sebagai platform penyelarasan dan perbincangan antara agensi di peringkat daerah dalam memperkasakan agenda pembangunan warga emas. Mesyuarat ini melibatkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku sekretariat, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim, pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan serta agensi-agensi kerajaan lain.Turut hadir ialah wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kebajikan warga emas, antaranya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kulim, Kelab Warga Emas Kulim dan Persatuan Veteran ATM Kulim.Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan NGO ini diharap dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat memberi manfaat kepada warga emas di Daerah Kulim, sekali gus mewujudkan komuniti yang lebih inklusif, prihatin dan sejahtera.






Views Today : 1700
Total views : 4622717



