Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Agen Basmi Covid-19 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Bil. 1/2021.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti Agen Basmi Covid-19 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Bil. 1/2021.

BANDAR BAHARU – 11 Februari 2021 (Khamis)

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan diadakan secara dalam talian bersama beberapa jabatan/agensi berkaitan.
Mesyuarat ini disertai oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama semua Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan PDTBB.
Turut hadir bersama ialah Dr. Rozaimah binti Abu Talib, Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat ini mengambil maklum Pembentangan Program Pemerkasaan Komuniti Agen Basmi Covid-19 oleh Tuan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah.
Beberapa perkara turut dibincangkan berhubung pelaksanaan Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti tersebut termasuklah struktur organisasi, lokasi penugasan, modus operandi, logistik dan kaedah pelaporan.
Satu Majlis Ringkas Penyerahan Alat Pengimbas Suhu untuk Pejabat Penghulu Mukim kepada para Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan disaksikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu .
Program ringkas ini juga sebagai salah satu aktiviti Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Daerah Bandar Baharu melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang