MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANIAN DAERAH KUALA MUDA BILANGAN 2 TAHUN 2025
KUALA MUDA, 24 November 2025 (Isnin) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertanian Daerah Kuala Muda Bilangan 2 Tahun 2025 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini bertujuan nembentangkan status pelaksanaan projek pertanian di bawah agensi-agensi teknikal bagi suku tahun semasa untuk memastikan kemajuan berjalan mengikut jadual dan mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan intervensi dalam sektor pertanian daerah merangkumi tanaman, perikanan, ternakan serta pembangunan agro-makanan bahkan menyelaras tindakan antara jabatan dan agensi berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti petani, penternak dan nelayan.
Selain itu juga, membincangkan cadangan pembangunan baharu atau penambahbaikan projek bagi meningkatkan produktiviti, keselamatan makanan dan daya saing sektor pertanian daerah serta mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan, pemain industri serta komuniti agro untuk menyokong agenda pertanian mapan dan berimpak tinggi.

Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En.Ridzuan Bin Mohd Rashid, Pegawai dan Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Muda, Wakil-Wakil Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Views Today : 1357
Total views : 4151231