MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH (JTPD) DAERAH KULIM BILANGAN 6 TAHUN 2026
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 21 Jun 2026 – Pegawai Daerah Kulim, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), Daerah Kulim Bilangan 6, Tahun 2026, yang diadakan pada jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah, YB Ahli Parlimen Padang Serai, YB Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu, YB ADUN Merbau Pulas, YB ADUN Kulim, YB ADUN Lunas, Ketua Jabatan di peringkat, MPKK, PBT Hi Tech Kulim, PDRM, JKR, JPS, JKM, PKD dan Agensi – Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah Kulim yang lain.Mesyuarat JTPD ini diadakan setiap bulan, bagi memastikan sistem penyampaian pembangunan yang berkesan dan dalam masa yang sama, sebagai platform menyelaras, memantau dan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di peringkat Daerah Kulim, bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual, menyelesaikan isu berbangkit dan memastikan pembangunan berimpak tinggi tercapai untuk seluruh masyarakat di Daerah Kulim.






Views Today : 991
Total views : 4558911



