MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH KUALA MUDA BIL 8 TAHUN 2025
KUALA MUDA, 27 Ogos 2025 (Rabu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Muda Bilangan 8 Tahun 2025 yang telah diadakan di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini bertujuan membincangkan isu pembangunan, projek yang sedang di jalankan dan perancangan masa depan di daerah kuala muda. Mesyuarat ini melibatkan pihak berkuasa tempatan, jabatan kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan perancangan pembangunan sejajar dengan keperluan masyarakat setempat.
Mesyuarat ini juga menyelaras pelaksanaan projek dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di peringkat daerah agar selari dengan dasar serta perancangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta mengenal pasti isu, kekangan serta cabaran pelaksanaan projek-projek pembangunan dan merangka tindakan penyelesaian secara bersama.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai YB Ustaz Haji Hanif Bin Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun YB Baddrol Bin Bakhtiar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Ustaz Azizan Bin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong Bau Ek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang YB Adam Loh Wei Chai serta Wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Wakil JPS Kuala Muda, Wakil Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Wakil LKIM Daerah Kuala Muda, Penghulu-Penghulu Mukim, Penolong Jurutera Daerah Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1643
Total views : 4259055



