MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH KUALA MUDA BILANGAN 4 TAHUN 2025
KUALA MUDA, 30 April 2025 (Rabu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Muda Bilangan 4 Tahun 2025 di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini bertujuan membincangkan isu pembangunan, projek yang sedang di jalankan dan perancangan masa depan di daerah kuala muda. Mesyuarat ini melibatkan pihak berkuasa tempatan, jabatan kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan perancangan pembangunan sejajar dengan keperluan masyarakat setempat.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Wakil Polis DiRaja Malaysia Daerah Kuala Muda, Wakil Majlis Pembandaran Sungai Petani Kedah, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.




Views Today : 1180
Total views : 4253020



