MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH KULIM (JTPD) BIL 4 TAHUN 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH KULIM (JTPD) BIL 4 TAHUN 2026

 

KULIM, 28 April 2026 – Pegawai Daerah Kulim telah mempengerusikan Mesyuarat JTPD Daerah Kulim Bilangan 4 Tahun 2026 yang berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Ahli Parlimen Padang Serai, YB Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YB ADUN Merbau Pulas, YB ADUN Kulim dan YB ADUN Lunas. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, MPKK, PBT Hi-Tech Kulim serta agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat Daerah Kulim seperti PDRM, JKR, JPS, JKM, PKD dan lain-lain.Mesyuarat JTPD ini diadakan setiap bulan sebagai platform penting bagi menyelaras, memantau serta mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan di Daerah Kulim. Ia juga memastikan semua projek berjalan mengikut jadual, isu-isu berbangkit dapat diselesaikan dengan segera, serta pembangunan berimpak tinggi dapat dicapai untuk kesejahteraan rakyat.
advanced-floating-content-close-btn