Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah Bil. 2/2020

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah Bil. 2/2020

8 November 2020 ( Ahad )
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kedah Bil. 2/2020.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Tuan Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Turut sama mempengerusikan mesyuarat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Parlimen dan Undang-undang) merangkap Menteri Penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Takiyuddin bin Hassan.
Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkenaan beberapa isu dan permasalahan berhubung perancangan dan pembangunan daerah-daerah.
Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut dibentangkan dengan laporan status terkini pelaksanaan beberapa projek pembangunan di beberapa daerah oleh jabatan-jabatan teknikal berkaitan.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang