MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BAJET TAHUN 2024 PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BAJET TAHUN 2024 PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

13 JULAI 2023 ( KHAMIS )
Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Bajet untuk Tahun 2024, Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah pada jam 11.00 pagi.
Mesyuarat ini dipengerusikan Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Isahak Bin Murat D.G.W.K., DSSS., SDK., AMK., BCK. Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Menghadiri mesyuarat ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff DSDK.,PSD.,PMW.,SDK.,AMK.,KAT.,AMN.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu yang terlibat.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Yang Berhormat Dato’ Wira Pengerusi dan disusuli dengan Pembentangan Anggaran Hasil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Anggaran Hasil, Dasar Baru, Dasar One-Off, Dasar Pejimatan dan Hal-hal yang lain.
Mesyuarat ini berakhir pada jam 1.00 petang.
advanced-floating-content-close-btn