MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BAJET TAHUN 2025 PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BAJET TAHUN 2025 PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

11 OGOS 2024 ( AHAD )

MESYUARAT PEMERIKSAAN ANGGARAN BAJET TAHUN 2025 PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU
Mesyuarat Pemeriksaan Anggaran Bajet untuk Tahun 2025, Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah pada jam 11.00 pagi.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cik Noor Shaadah Binti Ahmad Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Turut menghadiri mesyuarat ini adalah Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Puan Siti Nur Atikah Bt Moktar Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu yang terlibat.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan disusuli dengan Pembentangan Anggaran Hasil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Anggaran Hasil, Dasar Baru, Dasar One-Off, Dasar Pejimatan dan Hal-hal yang lain.Mesyuarat ini berakhir pada jam 1.00 petang.
advanced-floating-content-close-btn