MESYUARAT PENYELARASAN ISU KECURIAN KABEL LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI DAERAH KUALA MUDA

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

MESYUARAT PENYELARASAN ISU KECURIAN KABEL LAMPU JALAN DAN LAMPU ISYARAT DI DAERAH KUALA MUDA

KUALA MUDA, 18 Mei 2026 (Isnin) – Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohammad Iqbal Bin Zainal Abidin mewakili Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Isu Kecurian Kabel Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Daerah Kuala Muda yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Mesyuarat ini membincangkan isu kecurian kabel lampu jalan dan lampu isyarat di Daerah Kuala Muda yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta kemudahan awam dan menyelaras tindakan antara agensi berkaitan bagi memperkukuhkan langkah pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan kecurian kabel.
Selain itu, mengenal pasti lokasi berisiko tinggi serta punca berlakunya kejadian kecurian kabel bagi merangka tindakan penyelesaian yang lebih berkesan serta membincangkan cadangan penambahbaikan sistem keselamatan dan penyelenggaraan infrastruktur lampu jalan serta lampu isyarat bagi mengurangkan risiko kerosakan dan gangguan.

Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka YB Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam YB Bau Wong, Wakil-Wakil YB, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn