MESYUARAT PENYELARASAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
KUALA MUDA, 17 Ogos 2025 (Ahad) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Ihsan) YB. Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Binti Haji Ghazali telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Jamuan Rakyat Sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras segala persiapan dan pelaksanaan Jamuan Rakyat Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman dengan tujuan membincangkan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran majlis serta memastikan kelancaran perjalanan majlis agar berjalan dengan teratur, meriah dan penuh istiadat.
Selain itu, mesyuarat ini juga menentukan keperluan logistik, teknikal, makanan, keselamatan, kebersihan serta protokol majlis dan mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Wakil PDRM Daerah Kuala Muda, Wakil Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda, Wakil Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Pegawai-Pegawai Jabatan dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
