MESYUARAT PENYELARASAN KUARTERS KERAJAAN DI DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 2 Februari 2025 (Ahad) – Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) YBrs Dr. Nadzman Bin Mustaffa telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kuarters Kerajaan Daerah Kuala Muda di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
Mesyuarat penyelarasan kuarters kerajaan ini membincangkan isu-isu mengenai pembaikan kerosakan, bilangan kuarters yang tersedia, kemudahan yang disediakan di kuarters serta cadangan untuk menceriakan di kawasan kuarters kerajaan daerah kuala muda.
Turut hadir bersama dengan mesyuarat ini ialah Yang DiPertua Majlis Pembandaran Sungai Petani YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Tuan Haji Mohd Tarmizi Bin Abdul Rani, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

