MESYUARAT PENYELARASAN MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR DI KAMPUNG MAHAWANGSA, SUNGAI SIPUT, LEBUK MERBAU, PENDANG KEDAH

MESYUARAT PENYELARASAN MENGENAI MASALAH BEKALAN AIR DI KAMPUNG MAHAWANGSA, SUNGAI SIPUT, LEBUK MERBAU, PENDANG KEDAH

PENDANG, 09 September 2024 (Isnin)- Mesyuarat Penyelarasan Mengenai Masalah Bekalan Air Di Kampung Mahawangsa, Sungai Siput, Lubuk Merbau, Pendang, Kedah Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Nasrun Bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK., BCK. Tuan Pegawai Daerah Pendang. Hadir Encik Muhammad Hamdi bin Abdullah Zawawi, BCK , Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) dan Puan Norfazni binti Mustaffa, BCK, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan). Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Kedah.
Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Yang Berhormat Tuan Abdul Razak bin Khamis (ADUN Sungai Tiang), Yang Berhormat Haji Mohd Radzi bin Md Amin (ADUN Pedu), serta wakil dari jabatan/agensi yang terlibat serta barisan penghulu mukim.
advanced-floating-content-close-btn