MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM HARI PERIKANAN (PHP 2025) PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN PERIKANAN NEGERI KEDAH .
KUALA MUDA, 11 September 2025 (Khamis) – Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, telah mempengerusikan satu mesyuarat yang telah di hadiri oleh Tuan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan Urusertia dari ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Hari Perikanan 2025 (PHP 2025) pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah. Program ini disambut sebagai simbolik kepada Hari Perikanan Sedunia yang disambut pada 21 November setiap tahun, bagi mengetengahkan kepentingan sektor perikanan dalam memastikan keterjaminan makanan yang mampan serta kepentingan ekosistem marin yang sihat. Sebagai persediaan, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan pelaksanaan bagi menjayakan program tersebut.