Mesyuarat Penyelarasan Projek Masjid Al-Fateh dan Masjid Al-Irshad, Serdang Kedah Darul Aman

Mesyuarat Penyelarasan Projek Masjid Al-Fateh dan Masjid Al-Irshad, Serdang Kedah Darul Aman

BANDAR BAHARU-23 NOVEMBER 2020 (ISNIN)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Kedah, Jurutera Daerah JKR Kulim / Bandar Baharu, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Masjid dan Surau JAIK) , Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan),Penolong Jurutera Pejabat Daerah Bandar Baharu, Penghulu Mukim Serdang, wakil Jawatankuasa Kariah Masjid Al Fateh dan wakil – wakil kontraktor yang dilantik .
Mesyuarat membincangkan penyelarasan perlaksanaan projek pembaikan kedua-dua buah masjid berkenaan bagi memastikan kedua-dua projek berjalan lancar dalam tempoh masa ditetapkan .
Selain itu, beberapa isu sampingan berhubung perlaksanaan kedua-dua projek tersebut turut dibincangkan secara mendalam demi memastikan kepentingan dan kebajikan ahli-ahli kariah masjid-masjid tersebut terpelihara.
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang