PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH DI DAERAH LANGKAWI

PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH DI DAERAH LANGKAWI

09 Oktober 2021 – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah merasmikan HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH yang bertempat di Dataran Chenang, Langkawi.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Chenang, Langkawi, hari ini. Hari Sukan Negara diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ini sebagai langkah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan rakyat Malaysia aktif bersukan.

Turut sama Speaker DUN Kedah, YB Juhari Bulat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Abd Aziz Abd Rahman serta barisan Exco Negeri Kedah.