PENDANG SIAP SEDIA SAMBUT TAHUN MELAWAT KEDAH 2025
PENDANG,12 NOVEMBER (SELASA) –
Pejabat Daerah dan Tanah Pendang menyambut baik lawatan kerja YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, ke daerah Pendang sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Kedah 2025.
Antara lokasi yang dilawati dalam lawatan tersebut termasuklah Taman Tasik Pendang, Telaga Gajah, Perkampungan Adat Melayu Seni Banian, dan Mudim Zakaria Food Industries, yang dijangka menjadi tarikan utama bagi pengunjung yang ingin mendalami budaya dan warisan Kedah. Aktiviti menarik seperti pembuatan kraf tangan, memancing, serta persembahan seni tradisional termasuk silat dan tarian, akan turut memeriahkan pengalaman pelancong.
Pejabat Daerah dan Tanah Pendang mengajak semua pihak untuk bersama-sama menjayakan kempen ‘Experience Kedah’ pada tahun 2025, dan menjadikan Tahun Melawat Kedah sebagai platform untuk memperkenalkan keunikan negeri ini kepada pelancong dari dalam dan luar negara.