PENYERAHAN BANTUAN WANG IHSAN BENCANA ALAM DI PEJABAT DAERAH LANGKAWI

PENYERAHAN BANTUAN WANG IHSAN BENCANA ALAM DI PEJABAT DAERAH LANGKAWI

13 Julai 2023 :
Seramai 21 mangsa banjir diraikan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir pagi ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Langkawi.
Sumbangan Wang Ihsan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli Bin Abdullah mewakili Pegawai Daerah Langkawi.
Turut hadir, Penghulu Mukim Kuah, Encik Sulaiman Bin Hashim dan Encik Azhar bin Arifin, Unit Pengurusan Bencana Daerah.
Terdahulu, beberapa kampung di sekitar Mukim Kuah dilanda banjir pada 1 Julai 2023 berikutan hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas dan dinaiki air.
advanced-floating-content-close-btn