PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM BULAN DISEMBER TAHUN 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
03 πΏπππππ½ππ 2025 | ππΌπ½π
Majlis Perhimpunan Bulanan (Disember 2025) Pejabat Daerah dan Tanah Kulim yang berlangsung pada 7:30 pagi ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Kulim, Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, selaku Ketua Jabatan, dan bersama seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.Perhimpunan pagi ini telah diadakan tepat pada jam 7:30 pagi dan dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan, Bacaan Doa, Lagu Negaraku, Lagu Allah Selamat Sultan, Bacaan Ikrar dan seterusnya Ucapan Pegawai Daerah Kulim.Tuan Pegawai Daerah turut menyampaikan amanat serta peringatan kepada semua kakitangan agar terus mengekalkan tahap profesionalisme, mempertingkat mutu perkhidmatan, serta sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam tadbir urus daerah.Turut diraikan sambutan hari lahir kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim bagi bulan Oktober, November dan Disember Tahun 2025 yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.








Views Today : 1058
Total views : 4169008



