PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA 2025

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA 2025

KUALA MUDA, 15 Jun 2025 (Ahad) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Muda 2025 yang diadakan di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Majlis ini membincangkan pelan tindakan pembangunan belia di daerah Kuala Muda secara lebih menyeluruh, terancang dan berpaksikan keperluan setempat serta mewujudkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan belia, badan bukan kerajaan (NGO) , sektor swasta demi manfaat golongan belia dan memastikan penyertaan belia dalam proses pembangunan daerah selaras dengan Dasar Belia Malaysia dan agenda pembangunan negara.
Selain itu, majlis ini juga menyelaras dan menyampaikan isu serta aspirasi belia di peringkat daerah kepada perhatian pihak berkuasa melalui platform rasmi perundingan dan menilai pelaksanaan program-program belia sedia ada serta mengenal pasti penambahbaikan ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan dan inklusif.
advanced-floating-content-close-btn