PERUTUSAN KETUA JABATAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung atas penghasilan laman web ini.
Daerah Kota Setar merupakan sebuah daerah yang sentiasa mengikuti fasa pembangunan politik, ekonomi dan sosial yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan bandaraya yang pesat, telah memberi cabaran terhadap pembangunan daerah. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar yang berfungsi sebagai tulang belakang mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.
Pentadbiran ini sedaya upaya menyediakan kerangka visi serta misi yang jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi ini dalam mengharungi isu-isu semasa dan akan datang. Visi dan misi yang ingin dicapai terutamanya terpaksi kepada pembentukan sebuah daerah contoh di mana program-program pembangunan sentiasa menekankan keseimbangan antara aspek fizikal, intelektual dan spiritual.
Adalah diharapkan agar Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar ini mampu menjadi penghubung antara Pejabat Daerah dan Tanah dengan orang ramai. Maklumat-maklumat yang disediakan melalui laman web ini juga diharap dapat membantu semua pihak yang ingin berurusan dengan pentadbiran ini. Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Sekian, terima kasih.