PESTA BUKU DAERAH PENDANG TAHUN 2023

PESTA BUKU DAERAH PENDANG TAHUN 2023

PENDANG, 23 OKTOBER 2023 (ISNIN)- Pesta Buku Daerah Pendang Tahun 2023 yang dianjurkan oleh Hasani Books dengan Kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Pejabat Pendidikan Daerah Pendang, Majlis Daerah Pendang serta Ameera Optometrist telah diadakan di Dewan Cenderawasih, Daerah Pendang.
Program bermula pada jam 10.30pagi dengan Ketibaan Dif-Dif Jemputan dan ketibaan Yang Berhormat Profesor Dr Haim Hilman Abdullah, merangkap EXCO Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi.
Program diberkati dengan Bacaan Doa oleh Yang Berbahagia Syeikh Sayuthi bin Haji Abdullah, BCK., Pegawai Daerah Pendang. Program diteruskan dengan ucapan Aluan oleh Yang Berbahagia Encik Nasrun bin Dato’ Mohd Syeriff,AMK.,BCK., Pegawai Daerah Pendang serta diserikan lagi dengan Ucapan perasmian dan gimik perasmian oleh Yang Berhormat EXCO Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi.
Program diakhiri dengan Penyampaian Al-Quran kepada Tuan Pegawai Daerah Pendang, Penyampaian Simbolik oleh Ameera Optometrist kepada Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang dan Penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat EXCO Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi.
Turut Hadir bersama ke Program ini Yang Berhormat Abdul Razak bin Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri – Sungai Tiang Puan Norfazni binti Mustaffa, BCK. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Mohd Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohd, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Cik A’in Shahira bin Abdul Wahab, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan), Ketua-ketua Jabatan Daerah Pendang, Penghulu Mukim, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Pelajar-pelajar Sekolah dan Pengerusi MKK.
Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Pendang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hasani Books kerana menganjurkan program tersebut dan berharap program tersebut akan menjadi progam tahunan di Daerah Pendang. Tidak lupa juga kepada agensi-agensi yang terlibat secaral langsung dan tidak langusng dalam menjayakan program tersebut.