LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG DAERAH PADANG TERAP

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.

Asal Usul

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang.

Di Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan “Padang” seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat. Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.

Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini. Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.

Kedudukan Topografi

Berbukit-bakau di kawasan utara timur dan tanah pamah yang sederhana tinggi di bahagian barat dan selatan.

Mukim

Mukim Batang Tunggang Kanan
Mukim Batang Tunggang Kiri
Mukim Belimbing Kanan
Mukim Belimbing Kiri
Mukim Kurong Hitam
Mukim Padang Temak
Mukim Padang Terap Kanan
Mukim Padang Terap Kiri
Mukim Pedu
Mukim Tekai
Mukim Tolak

Bil Penduduk Lelaki Perempuan Jumlah
1
Warganegara Malaysia

i.Bumiputera

a) Melayu

b) Lain-lain

28,481

41

28,134

35

56,615

76

ii. Cina 328 327 655
iii. India 47 40 87
iv. Lain-lain 2005 1887 3892
2 Bukan Warganegara Malaysia 952 619 1571
JUMLAH 31,854 31,042 62,896

Ekonomi

Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.

Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang di keluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari landang ia jua memproses gula yang diimpot kerana keluaran landang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang.Lagi pun industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang di importt dari pasaran dunia agak murah berbading dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah memperbagai tanaman nya meliputi tanaman pisang dan nenas.

Tarikan pelancongan

Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering