PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

KUALA MUDA, 25 Mac 2025 (Selasa) – Program Bubur Lambuk Perdana Peringkat Daerah Kuala Muda telah diadakan di Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat gotong-royong dan perpaduan dalam kalangan pegawai-pegawai, kakitangan dan masyarakat setempat melalui aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada komuniti dan orang ramai. Program-program seperti ini diharapkan dapat terus dianjurkan untuk mempererat hubungan antara jabatan dan komuniti serta menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Turut hadir bersama dengan program ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En Abdullah Sanie Bin Adnan, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Puan Syafinaz Binti Mohd Said, Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan Dan Teknikal) En Mohd Ikhmal Fikri Bin Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penolong Pegawai Daerah (Hasil) En Abu Hurairah Bin Mohd Asri Redha, Wakil Jabatan MPSPK, Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Hutan Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda, Wakil Jabatan Kerja Raya Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
advanced-floating-content-close-btn