PROGRAM DURIAN AGRO TOURISM FEST BANDAR BAHARU, 11 – 14 JULAI 2024 KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM DURIAN AGRO TOURISM FEST BANDAR BAHARU, 11 – 14 JULAI 2024 KEDAH DARUL AMAN

14 JULAI 2024 ( AHAD )

PROGRAM DURIAN AGRO TOURISM FEST BANDAR BAHARU, 11 – 14 JULAI 2024 KEDAH DARUL AMAN
Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu 2024 telah diadakan dari 11 hingga 14 Julai 2024 bertempat di Dataran Bandar Baharu. Program ini dicadangkan untuk dijadikan sebagai program tahunan yang mampu mengangkat Bandar Baharu sebagai destinasi pelancongan agro serta mempromosikan Bandar Baharu sebagai daerah pengeluaran durian di negeri Kedah.
Durian fest Bandar Baharu dapat membantu mempromosikan dan memperlihatkan pelbagai jenis durian dan produk yang ada kepada para pengunjung pelbagai negeri yang hadir.Terdapat pelbagai gerai jualan dan pameran yang telah diadakan untuk orang ramai berkunjung. Antaranya merangkumi agensi Kerajaan, swasta serta peniaga-peniaga kecil. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti sukaneka, kuiz, cabutan bertuah, pertandingan mewarna, pertandingan memasak berasaskan durian, pertandingan memancing udang galah, dan lain-lain aktiviti yang menarik sepanjang tempoh empat hari program berlangsung.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat serta menyempurnakan Perasmian Penutup Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu 2024 pada hari Ahad 14 Julai 2024 iaitu hari terakhir program berlangsung.
Durian Agro Tourism Fest kali ini merupakan kali kedua diadakan di Daerah Bandar Baharu di mana kali pertama telah diadakan pada tahun 2019.
Turut menghadiri program ini Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Norizan Khazali, Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Tuan Mohd Noor Bin Ismail Pegawai Daerah Bandar Baharu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Roslan Hashim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Tuan Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din, Ketua-ketua Jabatan serta Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.
      
advanced-floating-content-close-btn