PROGRAM SEMARAK KOMUNITI DAERAH PENDANG TAHUN 2020

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI DAERAH PENDANG TAHUN 2020

PENDANG, 5 MAC 2020 – Program Semarak Komuniti Daerah Pendang Tahun 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2020 bertempat di Tasik Pendang di bawah anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Pendang dengan kerjasama Majlis Daerah Pendang. Program ini melibatkan 500 peserta dari 30 agensi kerajaan dan swasta sekitar Daerah Pendang. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pendang Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin.

Objektif perlaksanaan program ini adalah memastikan kawasan persekitaran Tasik Pendang berada dalam keadaan bersih dan ceria sempena Pesta Tasik Pendang yang akan diadakan pada 3&4 April 2020 nanti.

Selain itu, perlaksanan program ini boleh diadakan selalu dalam usaha mewujudkan kerjasama dan muafakat di kalangan penjawat awam dan orang ramai di Daerah Pendang menerusi program ini yang dapat dilakukan bersama-sama. Malah program ini bukan sahaja untuk tujuan gotong-royong semata-mata untuk membersihkan kawasan namun bagi program ini ia merupakan platform untuk mewujudkan keharmonian bersama jabatan menerusi aktiviti setempat.