PROGRAM GOTONG ROYONG MENCEGAH WABAK DENGGI ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG BERSAMA MAJLIS DAERAH PENDANG SERTA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

PROGRAM GOTONG ROYONG MENCEGAH WABAK DENGGI ANJURAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG BERSAMA MAJLIS DAERAH PENDANG SERTA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PENDANG

PENDANG, 20 Julai 2024 (Sabtu) – Program Gotong Royong Mencegah Wabak Denggi anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Pendang bersama Majlis Daerah Pendang serta Pejabat Kesihatan Daerah Pendang telah menganjurkan gotong-royong bertujuan untuk membasmi penularan wabak denggi.
Program ini telah dihadiri oleh lebih 50 orang kakitangan daripada pelbagai agensi. Program ini turut dihadiri oleh ialah Puan NorFazni binti Mustafa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Pendang.
Fokus utama gotong royong ini ialah membersihkan seluruh perimeter kawasan yang terlibat terutamanya di kawasan-kawasan seperti longkang, kawasan takungan air serta tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Jutaan terima kasih kepada seluruh agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam menjayakan program ini.
 
advanced-floating-content-close-btn