PROGRAM JELAJAH MASJID BERSAMA PEGAWAI DAERAH KULIM SIRI KE – 18
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KULIM, 23 Januari 2026 | Jumaat – Program Jelajah Masjid Bersama Pegawai Daerah Kulim Siri Ke- 18 dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid An – Nur, Mukim Junjung,Daerah Kulim, seterusnya berjumpa dengan Imam, AJK Masjid dan juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada kanak – kanak. Mengadakan lawatan persekitaran masjid dan seterusnya berjumpa dengan penduduk setempat. Turut bersama Pegawai Daerah Kulim adalah Encik Muhammad Amiruddin bin Mustafa (Penghulu Mukim Junjung) dan beberapa Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Haji Zakaria bin Haji Abdullah (Imam Masjid An – Nur), seluruh AJK Masjid dan juga seluruh masyarakat setempat yang sudi menerima kunjungan kami sebentar tadi.








Views Today : 74
Total views : 4304607



