PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA DI PPDK BUKIT SELAMBAU

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA DI PPDK BUKIT SELAMBAU

KUALA MUDA, 28 Jun 2026 (Ahad) – Pegawai Daerah Kuala Muda telah berkesempatan menyertai Program Kacau Bubur Asyura yang berlangsung di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Selambau.

Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak pentadbiran daerah terhadap usaha memperkukuh hubungan kemasyarakatan serta menyemarakkan amalan gotong-royong dalam kalangan komuniti setempat. Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, warga PPDK, sukarelawan dan masyarakat setempat.

Aktiviti penyediaan bubur asyura yang dilaksanakan secara bergotong-royong bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan perpaduan, malah menghidupkan tradisi masyarakat yang kaya dengan nilai kebersamaan dan muafakat. Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang harmoni, prihatin dan bersatu padu.
advanced-floating-content-close-btn