PROGRAM KOMUNITI PRIHATIN KG HUTAN TERABAK, MUKIM GELONG

PROGRAM KOMUNITI PRIHATIN KG HUTAN TERABAK, MUKIM GELONG

KUBANG PASU 24 OKT – Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Hj Muhamad Aroff Darus telah hadir ke Program Komuniti Prihatin anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Gelong dan Jawatankuasa Surau Kampung Hutan Terabak pada 24 Oktober 2020 (Sabtu).
Antara pengisian program adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, pertandingan motosikal cantik bagi belia kampung dan taklimat oleh Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Puan Ayunizam Daud. Majlis dirasmikan oleh Penyelaras DUN Jitra, Dato’ Aminuddin Omar.