PROGRAM KONVOI MERDEKA JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025
KUALA MUDA, 26 Ogos 2025 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah merasmikan Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 yang di mulai di Tapak Parking Hadapan Blok A Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, NGO serta komuniti setempat menganjurkan Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 yang melibatkan penyertaan kenderaan berkonvoi membawa Jalur Gemilang ke beberapa lokasi terpilih.
Konvoi ini akan melalui beberapa checkpoint utama bagi mengimarahkan semangat patriotik, mengukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan penghayatan erti kemerdekaan di kalangan rakyat.
Sepanjang konvoi, peserta akan mengibarkan Jalur Gemilang, singgah di setiap checkpoint untuk acara ringkas seperti laungan “Merdeka! Merdeka!”, pengedaran Jalur Gemilang kepada orang ramai, serta sesi bergambar bersama masyarakat setempat.



Views Today : 1342
Total views : 4258754



