PROGRAM KURNIAAN DAN MAJLIS SUMBANGAN PERSEKOLAHAN ANJURAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI 2026

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

PROGRAM KURNIAAN DAN MAJLIS SUMBANGAN PERSEKOLAHAN ANJURAN YAYASAN ANAK-ANAK YATIM SULTANAH HAMINAH BAGI SESI 2026

KUALA MUDA, 07 Januari 2026 (Rabu) – Program Kurniaan Dan Majlis Sumbangan Persekolahan Anjuran Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah Bagi Sesi 2026 telah diadakan di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Program ini bertujuan memperkukuhkan peranan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah sebagai badan kebajikan yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan dan sahsiah anak-anak yatim serta memberi bantuan dan sokongan kewangan kepada anak-anak yatim bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan untuk sesi akademik 2026.
Selain itu juga, memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan anak-anak yatim terus terbela selaras dengan aspirasi kerajaan tanggungjawab sosial yayasan dan menyampaikan sumbangan persekolahan secara tersusun, berhemah dan berfokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Turut hadir bersama dengan program ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Tanah dan Perlupusan) Puan Nor Hafizah Binti Md Rejab, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Puan Syafinaz Binti Mohd Said, Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal) En. Mohd Ikhmal Fikri Bin Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Hasil) En. Abu Hurairah Bin Mohd Asri Redha, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.
 
advanced-floating-content-close-btn