Program Menyantuni Usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Daerah Bandar Baharu

Program Menyantuni Usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Daerah Bandar Baharu

4 November 2020 (Rabu)
Program Menyantuni Usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Daerah Bandar Baharu.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu membuat lawatan ke Pusat Penternakan dan Penyembelihan Arnab milik Encik Abdullah Syaraffi Haji Samshir (Ceq Lah Agrofarm) di Kampung Paya Teropong, Mukim Bagan Samak sebagai tanda galakan kepada beliau untuk terus maju dalam perusahaan yang diceburi.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu diberi taklimat berhubung proses pemeliharaan dan penjagaan arnab serta berkesempatan menyaksikan demonstrasi proses sembelihan dan pembungkusan daging arnab untuk pasaran.
Selain itu, pengusaha tersebut turut menghasilkan minyak pati lemak arnab jantan yang menggabungkan rawatan ruqyah dan herba sebagai produk sampingan.
Turut serta bersama-sama dalam lawatan berkenaan ialah Penghulu Mukim Bagan Samak dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat MDBB.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau atas inisiatif dan usaha gigih dalam mempelbagaikan dan meningkatkan aktiviti ekonomi Daerah Bandar Baharu.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU
          “MESRA DAN BERINFORMASI”
🖱Portal                 : https://webpdt.kedah.gov.my
💻Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang