PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) HASiL PRIHATIN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) CAWANGAN SUNGAI PETANI DENGAN KERJASAMA PEJABAT-PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) HASiL PRIHATIN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) CAWANGAN SUNGAI PETANI DENGAN KERJASAMA PEJABAT-PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

Bandar Baharu 13 September – Sesi Penyampaian Bakul Makanan HASiL PRIHATIN di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LHDN Malaysia ini diadakan di Dewan Hasil, LHDN Cawangan Sungai Petani pada jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh Puan Noraziah Binti Ahmad, Pengarah Cawangan LHDN Sungai Petani.
Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., turut menyertai program ini yang diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP pencegahan jangkitan Covid-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Program CSR ini merupakan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di seluruh Negeri Kedah melalui Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah dengan kerjasama para Penghulu Mukim. Ia juga merupakan hasrat daripada Kementerian Kewangan Malaysia supaya semua agensi di bawah seliaannya dapat membantu kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia melalui Pejabat Pengarah Negeri dan Cawangan dan bantuan yang akan disampaikan dalam program ini adalah dalam bentuk Bakul Makanan.
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu telah menerima sebanyak 54 kotak barang keperluan dan 54 kampit beras 10 kg untuk diagihkan kepada 54 orang penerima yang dikenalpasti dari enam mukim di Daerah Bandar Baharu iaitu mereka yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19, bukan dari kalangan yang menerima bantuan berkala dan terdiri dari masyarakat pelbagai kaum.
Turut serta dalam sesi penyampaian ini ialah Penghulu Mukim Sungai Kechil Ilir, wakil YDP Majlis Daerah Bandar Baharu dan wakil-wakil dari Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Kulim, Sik dan Baling.
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak LHDN Malaysia di atas usaha dan inisiatif dalam pemberian bantuan kepada golongan yang memerlukan ekoran dari pandemik Covid-19 yang melanda Negara.
Semoga kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan khususnya di Daerah Bandar Baharu di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu (PDTBB) dengan LHDNM Cawangan Sungai Petani.