PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) AWAM KEDUA UNTUK DAERAH PADANG TERAP DI DEWAN GEMILANG INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) AWAM KEDUA UNTUK DAERAH PADANG TERAP DI DEWAN GEMILANG INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA

Sekitar persiapan tempat bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam kedua untuk Daerah Padang Terap di Dewan Gemilang Institut Kemahiran Belia Negara Naka. PPV IKBN Naka dijangka mula beroperasi pada hari Ahad 29 Ogos 2021. CITF Daerah Padang Terap mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi terlibat untuk merealisasikan pengoperasian PPV IKBN Naka ini.
Semoga dengan pembukaan PPV Awam kedua di daerah ini dapat mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk Daerah Padang Terap sekaligus mencapai hasrat untuk mewujudkan imuniti berkelompok.
Dimohon semua penerima vaksin yang telah mendapat temujanji MySejahtera di Klinik Kesihatan Naka pada 29 Ogos 2021 untuk hadir di PPV IKBN Naka.