RAKIT BERHIAS SEMPENA HARI KEBANGSAAN YANG KE-68
KUALA MUDA, 30 Ogos 2025 (Sabtu) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah menghadiri dan membuat perasmian Rakit Berhias Sempena Hari Kebangsaan Yang Ke-68 yang diadakan di Jeniang Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Program ini dijalankan bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat melalui kreativiti dan inovasi dalam menghias rakit berasaskan tema Hari Kebangsaan serta mempromosikan warisan, budaya dan identiti tempatan melalui rekaan rakit berhias yang melambangkan semangat Malaysia Madani.
Bahkan itu juga, ia dapat menghayati erti kemerdekaan dengan cara yang unik serta menzahirkan rasa cinta kepada negara melalui penyertaan komuniti setempat dan mewujudkan suasana meriah dan inklusif sempena sambutan Hari Kebangsaan agar dapat menarik minat generasi muda untuk turut serta.
Turut hadir bersama dengan program rakit berhias ini ialah Pegawai Daerah Sik En. Faisal Rizal Bin Mohammad, Pengarah Penjara Sungai Petani YDH PKP Zakaria Bin Razali, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.


