RIADAH SANTAI BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU DI TAMAN REKREASI, BATU HAMPAR

RIADAH SANTAI BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU DI TAMAN REKREASI, BATU HAMPAR

25 April 2024 ( KHAMIS )
Riadah Santai bersama Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu di Taman Rekreasi di Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu bersama Majlis Daerah Bandar Baharu serta Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu, dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu.
Gotong -Royong melibatkan beberapa kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.
Turut serta bersama-sama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din Penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu serta ahli Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat !