SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, ORANG KURANG UPAYA DAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA TAHUN 2025
KUALA MUDA, 18 Disember 2025 (Khamis) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2025 Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Sambutan ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas sebagai golongan penting dalam pembinaan masyarakat dan pembangunan daerah Kuala Muda serta menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak, OKU dan warga emas dalam aktiviti kemasyarakatan yang inklusif dan berteraskan kesejahteraan bersama.
Selain itu juga, memupuk semangat keprihatinan kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat terhadap golongan sasaran bahkan mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat dalam usaha menjaga kebajikan golongan sasaran.
Turut hadir bersama dengan sambutan majlis ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Hasil) En. Abu Hurairah Bin Mohd Asri Redha, Wakil PDRM Daerah Kuala Muda, Wakil Rejimen Askar Melayu Diraja, Wakil Pegawai-Pegawai Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 1905
Total views : 4215580



