SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PENDANG TAHUH 2024

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH PENDANG TAHUH 2024

PENDANG, 7 September 2024 (Sabtu) – Yang Berbahagia Encik Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff.AMK.,BCK. ,Tuan Pegawai Daerah Pendang telah menghadiri Program Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pendang Tahun 2024 yang diadakan di Mini Stadium Pendang, Kedah Darul Aman.
Majlis dimulakan dengan ketibaan ketibaan para tetamu jemputan serta disusuli dengan ketibaan YBhg. Tuan Pegawai Daerah Pendang. Antara yang hadir ke program ini adalah Yang Berhormat Datuk Haji Awang Solahuddin bin Hashim, Ahli Parlimen Pendang, Yang Berhormat Tuan Abdul Razak bin Khamis, ADUN Sungai Tiang merangkap Timbalan Speaker DUN , Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, ADUN Tokai., YDH DSP Roslan bin Mat, Ketua Polis Daerah Pendang,Leftenan Kolonel Muhammad Bashiruddin bin Jamaludin, Pegawai Memerintah Batalion Ke-6RAMD dan barisan ketua-ketua Jabatan Daerah Pendang.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sohibul Fadilah Tuan Syeikh Alwi bin Othman, Pegawai Agama Daerah Pendang, serta disusuli dengan Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Allah Selamat Sultan”. Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Encik Azhar bin Abdul Ghani, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Pendang.
Seterusnya, acara diteruskan dengan Perbarisan dan Perarakan daripada Kontinjen yang menyertai dari pelbagai kategori seperti Badan Beruniform, Persatuan/MKK/ Pertubuhan/NGO, Badan Beruniform Sekolah serta Tadika-tadika di Daerah Pendang.
Majlis diteruskan dengan gimik perasmian oleh Kelab Sukan Rekreasi Luncur Udara Pantai Merdeka dengan membawa bendera Malaysia dan Persembahan Seni Mempertahankan Diri oleh Pertubuhan Seni Warisan Pusaka.
Majlis juga diserikan dengan Persembahan Deklamasi Sajak Kemerdekaan oleh Adik Misbahul Munir bin Mohd Aswadi dari SMK Kubur Panjang yang bertajuk ‘Sumpah Anak Merdeka’.
Selain aktiviti di pentas utama, aktiviti pameran juga diadakan di tapak parkir Mini Stadium Pendang oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta.
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua agensi kerajaan mahupun swasta yang telah bersama-sama berganding bahu bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Daerah Pendang ini.
Diharapkan sambutan seperti ini dapat menyuburkan lagi semangat cinta akan negara dan masyarakat akan sentiasa menghayati erti kemerdekaan tanah air.
advanced-floating-content-close-btn