SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 24 April 2025 (Khamis) – Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda telah diadakan di Kawasan Perkarangan Blok A Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Sambutan Hari Raya ini menjadi wadah menyatukan warga kerja pelbagai jabatan dan agensi dalam suasana harmoni, mengeratkan hubungan antara pegawai dan staf di bawah satu kompleks pentadbiran serta menyuntik elemen kegembiraan dan keceriaan, sekali gus dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga pentadbiran selepas Ramadan. Bukan itu sahaja, majlis seumpama ini memelihara adat dan budaya tradisional seperti pakaian raya, makanan tradisi serta persembahan seni, yang menjadi warisan bangsa.
Turut hadir bersama dengan sambutan hari raya aidilfitri ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Dato’ Haji Muhamad Arof Bin Darus, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Dr. Haji Nadzman Bin Mustaffa, Ahli Parlimen Sungai Petani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tanjung Dawai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun ,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Mantan-Mantan DO Kuala Muda, Jabatan Kerja Raja Daerah Kuala Muda, JPS Kuala Muda, Jabatan Hutan Daerah Kuala Muda, Jabatan Pertanian Daerah Kuala Muda, Pegawai-Pegawai Kerajaan, Penghulu-Penghulu dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.




Views Today : 249
Total views : 4252089



