SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEBANGSAAN “RAKYAT DISANTUNI” TAHUN 2025
KUALA MUDA, 06 September 2025 (Sabtu) – Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari telah merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Dan Hari Kebangsaan Tahun 2025 yang telah diadakan di Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menerapkan konsep “Rakyat Disantuni” dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat, memperkukuh nilai kasih sayang, prihatin keprihatinan sosial serta memperingati dan menghayati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak, perjuangan dan kepimpinan Baginda dalam kehidupan seharian.
Selain itu, ia juga memupuk semangat cintakan negara melalui penghayatan nilai patriotisme, perpaduan dan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan serta menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama melalui program berteraskan ukhuwah, kebersamaan serta semangat persaudaraan sejagat.
Turut bersama dengan sambutan ini ialah Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) En. Mohd Rinizan Bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) En. Ridzuan Bin Mohd Rashid, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) En. Mohd Afiq Bin Md Saad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) En. Muhd Hairee Bin Mohkatar, Wakil Penjara Sungai Petani, Wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, Wakil Puspanita Daerah Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



