SESI LIBAT URUS PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA BERSAMA PENDUDUK KAWASAN SG DERAKA, MUKIM KUALA, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN.

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

SESI LIBAT URUS PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA BERSAMA PENDUDUK KAWASAN SG DERAKA, MUKIM KUALA, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH DARUL AMAN.

KUALA MUDA – 09 Julai 2025 (Rabu), satu sesi libat urus telah diadakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda bersama penduduk kawasan Sungai Deraka, Mukim Kuala, Daerah Kuala Muda yang telah berlangsung di Dewan Desa KEDA Tepi Sungai, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Majlis yang bermula pada jam 9:30 pagi itu telah dihadiri seramai 143 orang penduduk.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda . Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan Yang Berhormat Ustaz Haji Sharir Bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka dan diteruskan dengan sesi berdialog bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) bagi menerangkan prosedur permohonan, proses kelulusan serta maklumat penting berkaitan hak milik dan pentadbiran tanah kerajaan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Tanah dan Pelupusan), Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan dan Teknikal), Penolong Pegawai Daerah (Hasil), dan Penghulu Mukim Kota, Rantau Panjang, Kuala dan Haji Kudong.

advanced-floating-content-close-btn