SESI PENYERAHAN BAYARAN CUKAI TANAH BAGI TAHUN 2021

SESI PENYERAHAN BAYARAN CUKAI TANAH BAGI TAHUN 2021

KUBANG PASU, 06 Jan– Universiti Utara malaysia (UUM) dan JESIN Group Sdn.Bhd  telah menjadi agensi terawal yang membuat bayaran Cukai Tanah bagi tahun 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dan disaksikan oleh YB Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Isahak Bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Tuan Haji Muhammad Arof Bin Darus, Pegawai Daerah Kubang Pasu.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Utara malaysia (UUM) dan JESIN Group Sdn.Bhd  di atas pembayaran Cukai Tanah terawal bagi tahun 2021.

 

 

advanced-floating-content-close-btn