TAKLIMAT BAGI PERSEDIAAN AWAL SSR TAHUN 2020 BAGI SEMUA KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

TAKLIMAT BAGI PERSEDIAAN AWAL SSR TAHUN 2020 BAGI SEMUA KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

BALING, 15 JANUARI 2020 – Pejabat Daerah dan Tanah Baling adalah salah satu jabatan yang akan terlibat dengan ‘Penarafan Bintang Sistem Star Rating’ (SSR) bagi tahun 2020. Satu taklimat telah diadakan bagi membincangkan tentang kriteria-kriteria yang akan diagihkan mengikut unit yang terlibat bagi persediaan awal. Taklimat SSR telah disampaikan oleh Puan Noor Narafiza, Penolong Pegawai Tadbir (Pemodenan) dan dipengerusikan oleh En.Mohd Zhafri Bin Dato’ Haji Mohd Zohdi selaku Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan/Teknikal/Hasil). Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan yang terlibat.