TEMUJANJI TUAN PEGAWAI DAERAH BERSAMA PETRONAS GAS BERHAD
KUALA MUDA, 20 Januari 2026 (Selasa) – Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin menerima kunjungan daripada Petronas Gas Berhad yang diadakan di Bilik Gerakan Blok C Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Temujanji ini bertujuan mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini berhubung operasi, penyelenggaraan serta pelan keselamatan infrastruktur paip gas di dalam kawasan pentadbiran daerah dan membincangkan langkah-langkah pencegahan dan pengurusan risiko keselamatan awam, khususnya melibatkan kawasan penempatan penduduk berhampiran jajaran paip gas.



Views Today : 365
Total views : 4275340



