YAKEB TURUN PADANG KE DAERAH POKOK SENA

Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah

YAKEB TURUN PADANG KE DAERAH POKOK SENA

13/7/2025 (Ahad) –  Kunjungan Hormat dari, Y.Bhg. Dato Haji Ahmad Shapawi (Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan – YAKEB dan Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara), yang mengadakan Program YAKEB Turun Padang ke Daerah Pokok Sena. Turut bersama dalam program ini, adalah Bekas – Bekas Atlet Kebangsaan yang berasal dari Negeri Kedah Darul Aman dan pada hari ini juga, pihak YAKEB turut memberi sumbangan kepada beberapa bekas – bekas atlet yang susah, kurang upaya dan yang memerlukan. Terima kasih kerana memilih Daerah Pokok Sena sebagai tuan rumah, Program YAKEB Turun Padang pada kali ini dan setinggi – tinggi penghargaan kepada Y.Bhg. Dato dan juga kepada Team YAKEB yang bertindak sebagai badan yang menghargai jasa dan pengorbanan bekas atlet yang telah mengharumkan nama Negara.

 

advanced-floating-content-close-btn