ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA
KUALA MUDA, 09 Mac 2026 (Isnin) – Ziarah Kasih Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Bin Zainol Abidin yang telah menziarah beberapa buah rumah di dalam Kampung Haji Din Sungai Layar dan Kampung Berapit Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Ziarah ini bertujuan menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti warga emas, keluarga kurang berkemampuan dan individu yang ditimpa musibah di daerah Kuala Muda serta mengenal pasti keperluan permasalahan penduduk secara langsung bagi membolehkan tindakan atau bantuan yang bersesuaian disalurkan oleh agensi berkaitan.
Selain itu juga adalah menyampaikan sumbangan dan sokongan moral kepada penerima sebagai tanda keprihatinan Kerajaan serta Pejabat Daerah terhadap kebajikan masyarakat dan mengeratkan hubungan antara pihak pentadbiran daerah dengan masyarakat setempat melalui pendekatan turun padang dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Turut hadir bersama dengan ziarah kasih ini ialah Penghulu Mukim Sungai Petani En. Jamani Bin Jamaludin, Penghulu Mukim Pekula En. Zamri Bin Jamaludin, Wakil Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda dan Warga Kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.



Views Today : 714
Total views : 4373719



