Ziarah Prihatin Mangsa Bencana Ribut Daerah Bandar Baharu

Ziarah Prihatin Mangsa Bencana Ribut Daerah Bandar Baharu

BANDAR BAHARU – 9 Februari 2021 (Selasa)

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK meluangkan masa menziarahi mangsa bencana ribut, Encik Syed Othman Bin Syed Abdullah di Kampung Air Puteh, Serdang.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu menyampaikan sumbangan wang tunai daripada peruntukan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu melalui Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama-sama ialah Penghulu Mukim Serdang, Pengerusi JPKK Kg Air Puteh dan Ketua Pembantu Tadbir (Pembangunan) PDTBB.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu Encik Syed Othman sekeluarga dalam mengharungi ujian berkenaan.
Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu atas peruntukan yang disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu ini bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.
💻Facebook Page :

https://www.facebook.com/pdtbbserdang